Sebagaimana yang dirancang bersama seisi keluarga, tarikh yang ditetapkan untuk Majlis Akikah anakanda putera kesayangan Muhammad Eikwan Al Dien bin Khairudin ialah pada 12.06.2010 bersamaan hari Sabtu (makan tengahari). Kami telah bertolak ke kampung pada hari Khamis malam setelah menjemput Papa di LCCT dan sampai di Temerloh dalam pukul 2.30 pagi. Seawal pagi Jumaat kami sibuk membuat persediaan untuk majlis keesokan harinya..Wan, Mok Beso dan Papa sibuk dengan persediaan bahan masakan manakala Mama dan Bibik menyiapkan bunga telor dan 'gifted' untuk dihadiahkan kepada para tetamu setelah majlis bacaan tahlil dan doa selamat selesai.
Bunga Telor dan Bungkusan yang telah sedia untuk diagihkan kepada tetamu
Wajah teruja Adik Eikwan dan Kakak Erdeena yang tidak sabar-sabar untuk meraikan majlis..
Inilah Putera Kesayangan Mama yang diraikan di Majlis Akikah tersebut..tersengih keriangan kerana kali pertama dipakaikan songkok..hehehe
1 comments:
tema merah jugak ke kak??he3...
Post a Comment