Birthday Kakak Erdeena..

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Birthday Adik Eikwan..

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

16 November, 2010

Memori Indah Di Tarikh 11.11.2010

Salam hari lahir ditujukan buat sahabat tersayang sempena 11 Nov yang lalu, Mimie Karmila semoga kau sentiasa bahagia disamping keluarga tersayang... Di tarikh tersebut juga anakanda tercinta meraikan hari graduasi pra-sekolah, di usia 6 tahun dikau sangat teruja tatkala berbaris menggayakan jubah indah... Sekalung tahniah dari mama buat Nur Erdeena Delaiela kerana berjaya menamatkan alam pra-sekolah... Buka penggal persekolahan nanti sudah darjah 1 si kakak.. Moga jadi anak yang sentiasa berusaha untuk berjaya dalam pelajaran insya-Allah..

Kakak dan Adik bergaya sedondon di hari graduasi

Kakak bersama rakan tersayang sedang menanti nama dipanggil untuk naik ke pentas menerima sijil masing-masing.. Lihatlah keterujaan di wajah mereka yang bergelar si cilik pintar hehehe..

02 November, 2010

Oktober Berlalu.. November Menjelma..

Yuhoo...maafkan mama sudah lama menyepi..tiada citer terbaru, tiada ilham mendatang..tapi yang pasti masa terlalu pantas berlalu, terasa bagai semalam kemeriahan Aidilfitri tapi dalam tak sedar Aidiladha pula kian menjelang, anak-anak tetap ceria menjalani rutin harian, keseronokan seharian di taska tatkala mama keluar mencari rezeki.. Saksikan wajah penuh keterujaan bermain 'ais' di Taman Cahaya, Shah Alam (i-City) pada minggu lepas...Kak Erdeena tersenyum manis sewaktu wajahnya dirakamkan ketika keasyikan membelek himpunan ais manakala si adik sangat laju berlarian sambil mata tak lepas memandang aneka lampu yang berwarna-warni...sangat indah di mata kami..

Wahai anak bergembiralah kerana tatkala memandang wajah kalian yang dalam keseronokan, hati mama sangat puas kerana kalian bahagia bergelar kanak-kanak..

21 September, 2010

RAYA TAHUN 2010

Teletah uda & dara ketika sedondon berbaju raya

Salam syawal untuk rakan pembaca blog..maaf mama terlalu sibuk dengan kerjaya dan aktiviti harian, makanya jarang sekali ada peluang untuk update this blog...kali ni dirakamkan gelagat dan keletah puteri putera tersayang yang sangat teruja meraikan aidilfitri 1431H..

Aksi bersama papa di pagi 1 Syawal..

13 August, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan...

Tatkala 1 Ramadhan, si kakak sangat teruja untuk bangun besahur bersama mama..namun tertewas jua apabila balik dari sekolah dek kepenatan yang amat sangat..Mama tak pernah putus asa untuk terus memujuk si kakak agar terus berusaha untuk berpuasa hingga ke senja...alhamdulillah semalam pada 2 Ramadhan si kakak tersayang berjaya berpuasa hingga ke waktu Maghrib..mama sangat teruja kerana pertama kali di usia 6 tahun anak mama berjaya melawan ketidaksanggupan untuk berpuasa itu..sampai di taska cikgu memaklumkan kakak taknak makan dan minum kerana berpuasa..tertidur dengan keletihan tapi sewaktu mama datang menjemput dengan wajah ceria kakak menyambut..segera ditanyakan apa yang mahu dimakan sewaktu berbuka..adeh permintaan sangat hebat..nak makan di Pizza Hut...tapi sebagai galakan mama penuhi jua...alhmdulillah..sehari telah berjaya..moga akan terus berjaya sehingga ke-30 hari..buat anak mama, Erdeena Delaiela..mama tau kakak sangat kuat dan tabah sebagaimana mama..ecesss..like mother like son kan..Insyaallah duit raya menanti dari mama dan papa...
Kakak..kamu anak yang sangat tabah dan bijak..moga jadi anak yang membahgiakan orang tua serta berbakti di kemudian hari..mama sayang sangat kamu..Erdeena Delaiela Khairudin seindah namamu..keletahmu setiap hari menjadi kerinduan mama sebagai seorang ibu..

31 Julai 2010..Hari Terakhir Bersama Bbik..

Maaf kerana telah terlalu lama meninggalkan laman besawang ni hehehe..setelah ketiadaan bibik, rutin harian mama bertambah sibuk sehinggakan 'kurang' masa untuk mengupdate.. Jam 11.00 pagi pada 31 Julai 2010 bibik selamat balik ke Indonesia dengan menaiki kapal di Jeti Pulau Ketam, Klang..mama dan anak-anak setia menunggu sehingga prosedur pasport dan barang-barang bibik telah dihantar ke kapal telah selesai dengan jayanya..jam 6.00 petang ketika mama menelefon bibik disana..terdengar suara ceria memaklumkan dia telah selamat sampai di bumi Indonesia dan sangat teruja menantikan sambutan ramadhan tahun ini bersama keluarga disana..kebetulan juga anak-anak setelah ketiadaan bibik agak senang mendengar kata..tapi keletihan tetap terasa...kerana masa dirasakan telalu singkat dek himpunan kerja rumah yang tak penah habis..


Bibik..terima kasih kerana dalam tempoh 2 tahun ini dengan sabar telah melayan kerenah Kak Erdeena dan Dik Eikwan bagai anak sendiri...mereka sangat bahagia tatkala bibik ada disisi..Moga ada rezeki kita ketemu lagi dilain masa..

Ni wajah ceria yang berjaya dirakamkan ketika menunggu urusan bibik selesai..bersama sepupu tersayang..si Aizat anak Pak Ngah...sedondon bebaju merah..

21 June, 2010

Berjimba di Kolam Renang..

Di sebelah petang Ahad (20.06.2010) Chu datang ke rumah menghantarkan Pelampung untuk anak sedara kesayangan.. Pink untuk Kakak Erdeena dan Green untuk Adik Eikwan.. Diaorang berdua tersangat excited menerima hadiah yang sejak sekian lama menjadi idaman dan dengan segera mencadangkan kepada Mama untuk mandi di Kolam Renang di Presint 6.. Mama kesian punya pasal ikutkan jelah keletah diaorang berdua tu..

Ini lerr pelampung pemberian Chu..dah siap dipam..TQ Chu..Sangat Cute..Muah Muah!!!

Dekat rumah pun dah bergaya sakan...Pakaian renang diaorang dah pakai siap-siap dari rumah...Sampai je dalam kolam terus melompat keriangan sambil berjimba jimbu di air.. dari jam 8.00 hingga 10.00 malam..hampir 2 jam menahan kesejukan..saksikan keletah anakanda berdua yang sangat teruja dalam kolam yang separas dada itik hehehe..

Jom Ramai-ramai Pakat Daftar..

Langkah 1: Taip
1M REG 60129561102 Nama Penuh
Hantar ke: 36553

Langkah 2: Taip
ON 1MACC
Hantar ke: 36553

Dengan 2 Langkah Mudah Ini, Insya-Allah Rezeki Masyukkk..
Renung-renungkanlah..Orang Lain Sudah Berubah Mengapa Tidak Kita Turut Berubah Ke Arah Yang Lebih Baik?

1 Malaysia SMS - Menjana Pendapatan Setiap Hari!


Affiliate Terhebat dan Mudah..

Affiliate terhebat!!
Love is...
© "Keabadian Cinta..." - Template by Blogger Sablonlari - Font by Fontspace