Birthday Kakak Erdeena..

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Birthday Adik Eikwan..

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

21 June, 2010

Berjimba di Kolam Renang..

Di sebelah petang Ahad (20.06.2010) Chu datang ke rumah menghantarkan Pelampung untuk anak sedara kesayangan.. Pink untuk Kakak Erdeena dan Green untuk Adik Eikwan.. Diaorang berdua tersangat excited menerima hadiah yang sejak sekian lama menjadi idaman dan dengan segera mencadangkan kepada Mama untuk mandi di Kolam Renang di Presint 6.. Mama kesian punya pasal ikutkan jelah keletah diaorang berdua tu..

Ini lerr pelampung pemberian Chu..dah siap dipam..TQ Chu..Sangat Cute..Muah Muah!!!

Dekat rumah pun dah bergaya sakan...Pakaian renang diaorang dah pakai siap-siap dari rumah...Sampai je dalam kolam terus melompat keriangan sambil berjimba jimbu di air.. dari jam 8.00 hingga 10.00 malam..hampir 2 jam menahan kesejukan..saksikan keletah anakanda berdua yang sangat teruja dalam kolam yang separas dada itik hehehe..

15 June, 2010

Majlis Akikah Part 2 - Hari Sebenar

Hari yang dinanti tiba jua..12 Jun 2010, Adik Eikwan diraikan oleh para tetamu dan dihadiahkan dengan ucapan dan doa semoga dipanjangkan umur dan dilimpahi keberkatan... Menu istimewa hari ini kambing masak rendang..air tangan special dari Wan dan Mok Beso..Alhamdulilah seisi kampung memuji keenakan rendang kambing yang sikit pun tak berbau hamis.. pandaikan Wan dan Mok Beso mengolah adunan.. maklumlah tukang masak profesional kat kampung..hehehe.. congrat untuk Wan dan Mok Beso dan terima kasih tidak terhingga kerana bersusah payah di dalam memastikan majlis ini berjalan lancar..

Terpancar keseronokan dan kepuasan di muka Kakak Erdeena dan sepupu ketika mengagihkan hadiah kepada para tetamu

Papa dan Kakak Erdeena sedang menikmati daging kambing yang enak

Kasihan Adik Eikwan.. tertidur kepenatan.. bangun seawal pagi dan sibuk bekejaran bersama sepupu seharian..masakan tidak sangat-sangat kepenatan..huhuhu

Majlis Akikah Part 1 - Persediaan

Sebagaimana yang dirancang bersama seisi keluarga, tarikh yang ditetapkan untuk Majlis Akikah anakanda putera kesayangan Muhammad Eikwan Al Dien bin Khairudin ialah pada 12.06.2010 bersamaan hari Sabtu (makan tengahari). Kami telah bertolak ke kampung pada hari Khamis malam setelah menjemput Papa di LCCT dan sampai di Temerloh dalam pukul 2.30 pagi. Seawal pagi Jumaat kami sibuk membuat persediaan untuk majlis keesokan harinya..Wan, Mok Beso dan Papa sibuk dengan persediaan bahan masakan manakala Mama dan Bibik menyiapkan bunga telor dan 'gifted' untuk dihadiahkan kepada para tetamu setelah majlis bacaan tahlil dan doa selamat selesai.

Bunga Telor dan Bungkusan yang telah sedia untuk diagihkan kepada tetamu

Wajah teruja Adik Eikwan dan Kakak Erdeena yang tidak sabar-sabar untuk meraikan majlis..

Inilah Putera Kesayangan Mama yang diraikan di Majlis Akikah tersebut..tersengih keriangan kerana kali pertama dipakaikan songkok..hehehe

07 June, 2010

Semarakkan Cinta Kami..07 Jun Datang Lagi..

Hari ini, 07 Jun 2010 sebagaimana tertera di blog kesayangan Mama, merupakan Ulang Tahun Perkahwinan ke-7 Mama & Papa...Didoakan semoga hubungan ini kekal selamanya dan berbahagia selalu.. Segala cabaran dan rintangan akan dilalui bersama walau sesukar mana..insyaAllah..Doakan keberkatan rumahtangga milik kami berdua...Buat anakanda Permata Hati kami, Erdeena Delaiela dan Eikwan Al Dien, moga menjadi anak yang soleh dan solehah serta akan berbakti kepada orang tuamu ini di hari tua kami nanti.. We love U all So Much!!!

Buat Papa: Dikau Tonggak Harapan Keluarga

Buat Mama: Dikau Pembantu Setia

Buat Kami Berdua: Moga Ikatan Termeterai Terus Utuh Hari Demi Hari...

Jom Ramai-ramai Pakat Daftar..

Langkah 1: Taip
1M REG 60129561102 Nama Penuh
Hantar ke: 36553

Langkah 2: Taip
ON 1MACC
Hantar ke: 36553

Dengan 2 Langkah Mudah Ini, Insya-Allah Rezeki Masyukkk..
Renung-renungkanlah..Orang Lain Sudah Berubah Mengapa Tidak Kita Turut Berubah Ke Arah Yang Lebih Baik?

1 Malaysia SMS - Menjana Pendapatan Setiap Hari!


Affiliate Terhebat dan Mudah..

Affiliate terhebat!!
Love is...
© "Keabadian Cinta..." - Template by Blogger Sablonlari - Font by Fontspace