28.04.2010(Rabu)
Pada hari Rabu malam Khamis kami pulang ke Terengganu kerana akan turut serta dalam Majlis Sambutan Hari Keluarga Pejabat Bendahari (pejabat Papa) yang akan diadakan pada hari Jumaat (30.04.2010) hingga Sabtu (01.05.2010). Mama telah memohon cuti rehat selama 2 hari...
29.04.2010(Khamis)
Di awal pagi Khamis bila sampai di rumah kami dalam jam 6.00 pagi, setelah solat Subuh, Mama mengemaslah apa yang patut..maklumlah kami kan jarang-jarang balik ke rumah ni (ginila nasib wekend hubby & wife). Sedar tak sedar dah hampir 3 bulan kami tak balik..kali terakhir masa Tahun Baru Cina bulan Februari..Pehh penat jugak ooo...seharian membersihkan apa yang dirasakan perlu..sapu dalam umah, sapu keliling rumah, mop lantai, basuh garaj..basuh kain, lipat kain..
*** *** ***
Anakanda Eikwan pula asyik merengek..bila rasa suhu badannya sangat panas..demam rupanya..bila Papa balik rehat tengahari, cepat2 Mama ajak pergi ke Klinik Kesihatan UMT untuk ambil ubat... Sampai di Klinik dalam jam 2.00 petang gitu... kami orang pertama menunggu pintu terbuka dan dikenakan saringan di depan pintu masuk.. setelah nurse ambil bacaan suhu badan adik Eikwan amat mengejutkan..hampir mencecah 40^C..doktor nak refer kes kami ke Hospital Besar K.Trg.. Mama minta sedikit pertimbangan kerana esok adalah hari penting..kalau dah tidur hospital macamana nak berlibur dan bergumbirakan..hehehe akhirnya doktor hanya menyenaraikan ubat apa yang perlu dimakan serta menasihatkan jika masih tinggi suhunya..hendaklah segera ke hospital..
*** *** ***
Balik dari klinik, kerja Mama hanya mengelap di seluruh badan adik Eikwan untuk menurunkan suhu badan... Alhamdulillah menjelang petang dah ok sikit.. dia dah boleh bermain dan tersenyum manja... Malamnya Papa belanja kami makan Pizza Hut..best..tapi tak sempat capture gambar...dan belikan anak laki kesayangannya stokin baru...ada gambar ball lagi...maklumla kan adik demam.. sejuk kalu tidur tak berstokin...
0 comments:
Post a Comment