Birthday Kakak Erdeena..

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Birthday Adik Eikwan..

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

25 May, 2010

Aktiviti Di Hari Cuti..

22.05.2010 - Sabtu
*** *** ***
Dari pagi hingga ke tengahari kami hanya lepak kat depan tv..di sebelah petang pulak takde apa-apa aktiviti.. so boring.. tapi Kak Deena telah beri idea yang sangat bernas.. Mama, kakak teringin nak makan kuih siput...cepat lerr Mama siapkan adunannya..nanti akak dan adik tolong..bibik pulak tolong goreng bila dah siap digentel dengan kayu acuan kuih siput.. Akhirnya hasil tangan dua beradik telah berjaya disiapkan..si kakak buat kecik-kecik je comel cam tuannya..tapi berbeza ngn si adik..nak cepat siap punya pasal wat beso-beso..rakus betoii anak aku..hahaha


Kak Deena & Adik Eikwan tengah sakan menggetel...

23.05.2010 - Ahad
*** *** ***

Seawal pagi Ahad, kami berehat sambil beriadah di tepi tasik Presint 9 (Hadapan Petronas). Memandangkan pihak berwajib telah menyediakan pelbagai peralatan riadah.. So, apa lagi kami gunalah semua peralatan kat situ..hampir 2 jam jugaklah berada disitu sehingga matahari dah terlalu terik barulah kami bertolak balik. Selepas itu, time untuk berehat seketika bagi menyediakan menu masakan tengahari...

Dalam pukul 2.00 petang sebagaimana yang dijanjikan jeng jeng... kami sekeluarga beserta Cik Ram dan Cik Amy pergi wat lawatan ke IOI Mall, Puchong...masing-masing bukannya tau jalan..pakai redah je but alhamdulillah sampai juga ke situ dengan jayanya..Antara rakaman keseronokan ekslusif yang sempat dirakamkan oleh Mama..Kak Deena sorang je yang berani naik 'Beruang'..adik Eikwan sekadar pemerhati..

21 May, 2010

Skarf Zirafah..

Setiap kali berbicara.. Kakak Erdeena akan teruja bercerita tentang skarf rambut kerana rambutnya yang dah agak panjang mencecah ke bahu..Di antara koleksi skarf kesayangan ialah berbentuk zirafah yang dihadiahkan oleh Mak Long ketika balik ke kampung suatu masa dulu.. Setelah lama tidak digayakan...maka hari ini Kak Erdeena bergaya sakan...

Cutekan bintik-bintik Zirafah tu ditambah pula ngn hiasan organza di tangan..
ala-ala princess gituu..yg sedang menantikan prince kesayangan..hehehe
Kak Deena memang pandai kalau bab berposing..senyum meleret aje..

11 May, 2010

Buat Mak Tersayang...Selamat Hari Ibu..

Sabtu bersamaan 08.05.2010 kami sekeluarga balik ke Temerloh untuk meraikan majlis persandingan sepupu.. tapi sayang kamera tertinggal di rumah.. dan ini bermakna tiada rakaman di majlis istimewa tersebut..
*** *** ****

Buat Mak... Kamariah Staffa Engkaulah Ratu Hati Kami.. Sayang Mak...

Keesokkannya...seawal pagi Mama dan Chu dah bersiap-siap untuk ke bandar membeli kek dan KFC untuk meraikan Hari Ibu buat Mak Tersayang.. selagi ada kesempatan i'Allah setiap tahun kami akan raikan hari yang begitu istimewa.. biar pun tiada hadiah tercantik tapi cukuplah sebiji kek sebagai tanda kami tak penah melupakan jasa Mak membesarkan kami..Alhamdulillah kini keenam anak Mak telah berjaya dalam kerjaya masing-masing.. Biarpun ayah dah lama aman disana, kesediaan Mak untuk memberikan pendidikan dunia dan akhirat telah pun membuahkan hasil...

Sekadar Sebiji Kek Untuk Meraikan Sambutan Hari Ibu bersama Mak.. 09.05.2010 (Ahad)

Ni KFC yang Chu belanja... Nyum Nyum..Best Sangat..Tapi Pedas coz berperisa Lada Hitam..

Kak Deena memang orang yang paling excited setiap kali buat apa pun sambutan.. siap beli topi lagi..mengalahkan sambutan hari lahir kan.. hehehe

07 May, 2010

Hari Keluarga Bendahari, UMT Part 4...

01.05.2010 (Sabtu) 08.00 - 11.30 tengahari


Hari ini merupakan hari kemuncak majlis perhimpunan kami di De Rhu Beach Resort.. acara terakhir ialah sukaneka yang dikendalikan oleh urusetia resort. Selepas sarapan pagi, seawal jam 8.30 pagi acara sukaneka pun bermula..K.Deena dan adik Eikwan masuk 2 acara setiap sorang... dan dengan tak disangka K.Deena juara dalam acara memasukkan air dalam botol..cepat toii dia buat, sedar-sedar dah penuh sebotol..memang hebat anak mama..


*** *** ***


Papa pulak cam biasa orang yang paling semangat berkobar-kobar dah tentulah masuk semua acara dipertandingkan..maklumle KP(Ketua Pondok Orange)..Mama hanya sempat menyertai 1 acara sahaja tu pun puas memujuk adik Eikwan untuk bermain sendirian sementara Mama bermain..susah dah ada anak ni..kena ikut rentak diaorg..selagi tak didukung merengek aje..nak main apanya..tapi apa yang pasti pondok Mama..Pondok Hijau jadi Juara Keseluruhan yuhuuuu mengalahkan pondok Papa yang hanya menduduki tempat ke-2...memang hebat ah group Hijau..2 tahun lagi kita group sesama lagi dehh..kekalkan kejuaraan..hahahaha..


*** *** ***


Ketika jam menghampiri ke angka 11.30 pagi semua acara selesai..kami dikehendaki checkout dari resort pada pukul 12.00 tengahari dan terus boleh menikmati hidangan tengahari yang telah tersedia di cafe..Pukul 12.30 kami tinggalkan resort dengan seribu satu kenangan...moga ada rezeki kita akan berkumpul lagi untuk sekalian kali.. Buat urusetia dan teman sekalian, kalian memang best...meski pertemuan kita terlalu singkat tapi keakraban kita memang bagaikan sekeluarga..bergumbira dan bercanda bersama...We will miss u all.. Jangan lupa jemput lagi kami anak beranak lain kali..hehehehe..

06 May, 2010

Hari Keluarga Bendahari, UMT Part 3...

30.04.2010 (Jumaat) - 4.30 Petang hingga 10.30 malam
Menjelang jam 3.30 petang, Eikwan dah mula merengek keletihan dan kebosanan dari terus bermain air...so si adik minta ditukarkan pakaian..maklumlah dah haus dan mengantuk..si kakak pula masih dilayan oleh Papa bermain luncur air..tak sampai setengah jam menunggu K.Deena bersama Papa muncul dan turut bersalin pakaian..masing2 dah tak sabar untuk merehatkan diri di De Rhu Beach Resort untuk acara seterusnya..Dalam pukul 4 lebih jugalah kami tinggalkan Waterpark dan bertolak ke De Rhu Beach Resort, Balok..Selamat Tinggal Gambang Waterpark..ada rezeki pasti kami datang lagi hehehehe(tapi Papa belanja..)

Ini masa dalam perjalanan keluar..dan lagi snap sekeping dua..si adik pula tengah syok 'pewittt' kat Mama sebab tolong belikan pistol air idaman..dari dalam nung lagi sebok pinjam yang orang bila dah belikan hop sendiri pasti puas hati dan tersenyum lebo... huhuhu
*** *** ***

Perjalanan dari Gambang ke Balok tidaklah terlalu jauh..setelah checkin anak2 pun pakat menonton tv sambil melompat atas katil sebab excited sangat dapat tidur hotel..hehehe nama pun budak2 kan pasti pelbagai kerenah..pastu Papa pakat ajak pi mandi kolam pulak..lagi lerrr sakan budak2 tu...tadi kat taman tema air ni ke kolam kecik pulak..dekat jam 7.10 malam baru diaorg naik dan terus bersiap2 untuk majlis makan malam..

Pakat sedondon merah gitu..hua hua hua..Inilah wajah-wajah ceria kami ketika sedang menikmati makan malam bersama family Kak Noor dan Pasangan Pengantin Baru...Salihah + Hubby...Utk Cik Suamiku dan Kak Noor yang wat persembahan Korang memang best..Group sporting gitu..chaiyok chaiyok..hik32

Hari Keluarga Bendahari, UMT Part 2...

30.04.2010 (Jumaat) - Pagi hingga ke Petang
Seawal jam 6.00 pagi, Mama dah bangun untuk menyiapkan pakaian seisi keluarga untuk 'berkampung' di Kuantan untuk 2 hari (hari ini dan esok).. Pukul 8.00 anak-anak dah siap dimandikan oleh Papanya...masing2 dah tak sabar untuk memulakan perjalanan.. adik Eikwan pun dah bertambah ok dan kembali berselera untuk minum susu.. kelmarin hampir seharian dia taknak minum susu dan hanya mahukan air orange dan Vitagen...ketika jam sudah hampir menginjak ke jam 8.30 kami pun bertolak ngn gumbiranya ngn keta Papa(Wira8038)...yuhuuu...terima kasih Papa sebab bawa kami jalan2 tengok environment yang sangat cantik..sayang Papa..hehehehe(ayat pujuk ah tu :))
*** *** ***
Dalam pukul 12.00 tengahari kami pun sampai di Gambang Waterpark untuk mandi manda membasahkan diri...kira ni aktiviti pertama untuk Hari Keluargalah..melepak sambil mengusya hahaha...tp bersama keluarga tau...masa kami sampai tu dah ramai warga Bendahari bersama family memasing sedang begelumang dalam air...cam ikan paus pun ada...hehehe..ni antara gambar yang sempat dirakamkan...

Sewaktu menunggu Papa untuk buat bayaran di kaunter.. sempat lagi posing di pintu masuk

Erdeena dan Eikwan yang tengah sakan bermain air...dari jam 12.00 tengahari hingga pukul 4.00 petang...bayangkan betapa panas tapi sebab syok punya pasal semua tu telah ditolak ke tepi..hehehe..cepat sayang kita belajar berenang...nanti dah besar boleh jadi perenang kebanggaan negara dan keluarga..ecesss impian 1Malaysia tu..

Ni pulak sessi minum petang...kudap-kudapan mesti ada...untuk adik Eikwan sahaja 3 ketul aiskrim...yang Papanya rajin dop melayan..maklumlah just swipe tag untuk segala pembayaran makanan kat dalam tu..mujur Papa sampai je topup dah siap-siap..menu untuk makan tengahari nasi ayam bersama fun fries...cam omputih pulak kami ni kan..hik32..

Hari Keluarga Bendahari, UMT Part 1...

28.04.2010(Rabu)
Pada hari Rabu malam Khamis kami pulang ke Terengganu kerana akan turut serta dalam Majlis Sambutan Hari Keluarga Pejabat Bendahari (pejabat Papa) yang akan diadakan pada hari Jumaat (30.04.2010) hingga Sabtu (01.05.2010). Mama telah memohon cuti rehat selama 2 hari...
29.04.2010(Khamis)
Di awal pagi Khamis bila sampai di rumah kami dalam jam 6.00 pagi, setelah solat Subuh, Mama mengemaslah apa yang patut..maklumlah kami kan jarang-jarang balik ke rumah ni (ginila nasib wekend hubby & wife). Sedar tak sedar dah hampir 3 bulan kami tak balik..kali terakhir masa Tahun Baru Cina bulan Februari..Pehh penat jugak ooo...seharian membersihkan apa yang dirasakan perlu..sapu dalam umah, sapu keliling rumah, mop lantai, basuh garaj..basuh kain, lipat kain..
*** *** ***
Anakanda Eikwan pula asyik merengek..bila rasa suhu badannya sangat panas..demam rupanya..bila Papa balik rehat tengahari, cepat2 Mama ajak pergi ke Klinik Kesihatan UMT untuk ambil ubat... Sampai di Klinik dalam jam 2.00 petang gitu... kami orang pertama menunggu pintu terbuka dan dikenakan saringan di depan pintu masuk.. setelah nurse ambil bacaan suhu badan adik Eikwan amat mengejutkan..hampir mencecah 40^C..doktor nak refer kes kami ke Hospital Besar K.Trg.. Mama minta sedikit pertimbangan kerana esok adalah hari penting..kalau dah tidur hospital macamana nak berlibur dan bergumbirakan..hehehe akhirnya doktor hanya menyenaraikan ubat apa yang perlu dimakan serta menasihatkan jika masih tinggi suhunya..hendaklah segera ke hospital..
*** *** ***
Balik dari klinik, kerja Mama hanya mengelap di seluruh badan adik Eikwan untuk menurunkan suhu badan... Alhamdulillah menjelang petang dah ok sikit.. dia dah boleh bermain dan tersenyum manja... Malamnya Papa belanja kami makan Pizza Hut..best..tapi tak sempat capture gambar...dan belikan anak laki kesayangannya stokin baru...ada gambar ball lagi...maklumla kan adik demam.. sejuk kalu tidur tak berstokin...

Jom Ramai-ramai Pakat Daftar..

Langkah 1: Taip
1M REG 60129561102 Nama Penuh
Hantar ke: 36553

Langkah 2: Taip
ON 1MACC
Hantar ke: 36553

Dengan 2 Langkah Mudah Ini, Insya-Allah Rezeki Masyukkk..
Renung-renungkanlah..Orang Lain Sudah Berubah Mengapa Tidak Kita Turut Berubah Ke Arah Yang Lebih Baik?

1 Malaysia SMS - Menjana Pendapatan Setiap Hari!


Affiliate Terhebat dan Mudah..

Affiliate terhebat!!
Love is...
© "Keabadian Cinta..." - Template by Blogger Sablonlari - Font by Fontspace