Birthday Kakak Erdeena..

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Birthday Adik Eikwan..

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

13 August, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan...

Tatkala 1 Ramadhan, si kakak sangat teruja untuk bangun besahur bersama mama..namun tertewas jua apabila balik dari sekolah dek kepenatan yang amat sangat..Mama tak pernah putus asa untuk terus memujuk si kakak agar terus berusaha untuk berpuasa hingga ke senja...alhamdulillah semalam pada 2 Ramadhan si kakak tersayang berjaya berpuasa hingga ke waktu Maghrib..mama sangat teruja kerana pertama kali di usia 6 tahun anak mama berjaya melawan ketidaksanggupan untuk berpuasa itu..sampai di taska cikgu memaklumkan kakak taknak makan dan minum kerana berpuasa..tertidur dengan keletihan tapi sewaktu mama datang menjemput dengan wajah ceria kakak menyambut..segera ditanyakan apa yang mahu dimakan sewaktu berbuka..adeh permintaan sangat hebat..nak makan di Pizza Hut...tapi sebagai galakan mama penuhi jua...alhmdulillah..sehari telah berjaya..moga akan terus berjaya sehingga ke-30 hari..buat anak mama, Erdeena Delaiela..mama tau kakak sangat kuat dan tabah sebagaimana mama..ecesss..like mother like son kan..Insyaallah duit raya menanti dari mama dan papa...
Kakak..kamu anak yang sangat tabah dan bijak..moga jadi anak yang membahgiakan orang tua serta berbakti di kemudian hari..mama sayang sangat kamu..Erdeena Delaiela Khairudin seindah namamu..keletahmu setiap hari menjadi kerinduan mama sebagai seorang ibu..

31 Julai 2010..Hari Terakhir Bersama Bbik..

Maaf kerana telah terlalu lama meninggalkan laman besawang ni hehehe..setelah ketiadaan bibik, rutin harian mama bertambah sibuk sehinggakan 'kurang' masa untuk mengupdate.. Jam 11.00 pagi pada 31 Julai 2010 bibik selamat balik ke Indonesia dengan menaiki kapal di Jeti Pulau Ketam, Klang..mama dan anak-anak setia menunggu sehingga prosedur pasport dan barang-barang bibik telah dihantar ke kapal telah selesai dengan jayanya..jam 6.00 petang ketika mama menelefon bibik disana..terdengar suara ceria memaklumkan dia telah selamat sampai di bumi Indonesia dan sangat teruja menantikan sambutan ramadhan tahun ini bersama keluarga disana..kebetulan juga anak-anak setelah ketiadaan bibik agak senang mendengar kata..tapi keletihan tetap terasa...kerana masa dirasakan telalu singkat dek himpunan kerja rumah yang tak penah habis..


Bibik..terima kasih kerana dalam tempoh 2 tahun ini dengan sabar telah melayan kerenah Kak Erdeena dan Dik Eikwan bagai anak sendiri...mereka sangat bahagia tatkala bibik ada disisi..Moga ada rezeki kita ketemu lagi dilain masa..

Ni wajah ceria yang berjaya dirakamkan ketika menunggu urusan bibik selesai..bersama sepupu tersayang..si Aizat anak Pak Ngah...sedondon bebaju merah..

Jom Ramai-ramai Pakat Daftar..

Langkah 1: Taip
1M REG 60129561102 Nama Penuh
Hantar ke: 36553

Langkah 2: Taip
ON 1MACC
Hantar ke: 36553

Dengan 2 Langkah Mudah Ini, Insya-Allah Rezeki Masyukkk..
Renung-renungkanlah..Orang Lain Sudah Berubah Mengapa Tidak Kita Turut Berubah Ke Arah Yang Lebih Baik?

1 Malaysia SMS - Menjana Pendapatan Setiap Hari!


Affiliate Terhebat dan Mudah..

Affiliate terhebat!!
Love is...
© "Keabadian Cinta..." - Template by Blogger Sablonlari - Font by Fontspace