Birthday Kakak Erdeena..

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Birthday Adik Eikwan..

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

28 April, 2010

Adik Baru Kesayangan...

Bermula Isnin lalu(26.04.2010), bibik(pembantu rumah) kami menjaga baby girl yang baru berusia 2 bulan.. Kawan Mama call menyatakan kesusahan untuk mendapatkan pengasuh bagi babynya kerana telah sampai waktu untuk kembali bertugas. Atas dasar kasihan dan prihatin mama izinkan bibik menjaga baby girl untuk sementara waktu...

Baby Aisya yang comel...



Kak Erdeena memang sayang sangat dengan baby...dia boleh ceritakan setiap apa yang bibik buat untuk baby... Macamana untuk suapkan susu, mandikan, pakai pampers & baju.. memang sangat mengujakan kehadiran baby yang memeriahkan rumah dengan suara tangisannya itu..

26 April, 2010

Weekend Berlalu..

Aksi anak-anak bila menghadap kamera..Sabtu malam

Sabtu dan Ahad yang berlalu semalam memang menyeronokkan.. Sabtu seharian di Klang menziarahi Pak Ngah sekeluarga..Ahad pula menghadiri majlis naik rumah baru sepupu di Bangi..



Mama setelah bersiap untuk ke majlis meraikan sepupu naik umah baru...

19 April, 2010

Klinik..

Eikwan & Erdeena dah 'hot' lama menunggu..

Pada petang Jumaat setelah mendapat kebenaran dari Bos, Mama ke Klinik Kesihatan Putrajaya kerana demam, selsema dan batuk yang teruk. Dari Jam 2.00 Petang Mama bersama anak-anak menunggu di luar klinik..Ramainya 'Patient' yang menunggu hingga beratur panjang untuk mencelah masuk dan mendapatkan angka giliran yang kaunternya hanya dibuka pada Jam 2.45 Petang..Bayangkan kami kena menunggu selama 45 minit untuk masuk ke klinik...

Setelah kian lama menunggu, Jam 4.55 Petang barulah masuk ke Bilik No.4 untuk menerima rawatan dari doktor dan setelah beberapa minit menunggu di kaunter farmasi untuk mengambil ubat barulah semua prosedur tersebut selesai..Menurut doktor sekiranya dalam tempoh 3 hari lagi, jika masih tidak sembuh, Mama dikehendaki datang ke klinik sekali lagi untuk diambil darah...ishh doakan Mama cepat sembuh tau..taknak lah pi klinik lagi...lama sangat menunggu huhuhu..

Patient sedang beratur panjang termasuk anakanda Erdeena

12 April, 2010

Tahniah Dari Kami..

Ahad lalu mama menerima foto menarik dari Pasangan Adik Beradik Kembar Seiras yang telah melangsungkan Majlis Perkahwinan mereka dengan penuh meriah nung jauh di Terengganu pada 17 Mac 2010 yang lalu..

-Sabariah & Junaidah-

Waktu ini Sabariah sedang bedebar menantikan saat begelar isteri..
Sabariah & Pasangan: Azhar

Junaidah dan Pasangan:Heffi

Untuk makluman, pasangan dirai ini merupakan anak buah kesayangan masa mama berkhidmat di Jabatan Pertahanan Awam Terengganu.. Untuk kedua pasangan mempelai:

1) Moga Bahagia ke Hujung Nyawa

2) Melahirkan zuriat yang soleh dan solehah.. Amin

Wajah-wajah Keriangan...


Di hari Sabtu yang membosankan, Mama beserta anak-anak mengambil keputusan untuk lepak sambil membeli keperluan dapur di Carrefour, Alamanda.. Perjalanan kami ditaja oleh Syarikat Bas Nadi Putra dengan bayaran 50 sen sahaja..hehe.. Sampai di Alamanda setelah 20 minit perjalanan, Erdeena dan Eikwan dah tak sabar-sabar untuk bermain di taman permainan.. Saksikan wajah-wajah keseronokan mereka sehingga meleleh peluh di dahi kerana jam menunjukkan pukul 3.00 petang.. memang tengah panas gilerrrr..

Jom Pi Masjid Putra.. Putrajaya

Di tengahari Jumaat yang indah..Mama bersama Amy (rakan sepejabat) menziarah Pejabat Pentadbiran Masjid Putra, Putrajaya buat pertama kali atas urusan pengambilan sijil kursus...

So, nama pun pertama kali dan lerr ambil gambar sekeping dua sebagai tanda kenangan..

Amy berbaju merah..sedondon dengan papan iklan kat belakang tu..hehe..

Mama pula berbaju kuning diraja..ecesss..berposing sakan gitu..

08 April, 2010

Majlis Gilang Gemilang

Sukacita dimaklumkan bahawa majlis persandingan anak saudara kesayangan (anak abang ngah di Klang) telah berlangsung dengan jayanya pada 22.11.2009 yang lalu.. Namun memandangkan gambar tersebut baru sahaja diterima melalui kiriman seseorang maka disini dipaparkan gambar-gambar kenangan tersebut...Sungguh meriah dan seronok..Hampir semua ahli keluarga berkumpul meraikan hari bahagia kalian..Wan (bonda tersayang) paling bahagia sebab bakal bergelar Nayang bila tiba masanya menyambut kelahiran cicit.. Moga Wan dipanjangkan umur untuk sama melihat kemeriahan bertambah ahli keluarga..Amin..

Ini pula gambar seisi keluarga, semua berkumpul...Wan, Mok Beso, Maklang, Chu dan anak saudara yang keletah..Teluk Sentang D'Geng..hehehehe...


Terakhirnya gambar dirakamkan bersama Barisan Dedikasi dari Temerloh..Kesanggupan kalian berkunjung sangatlah dihargai..Jauh tu tau..tak kurang 2 jam perjalanan kan...

Akhirnya..terima kasih tak terhingga buat semua yang meraikan..

05 April, 2010

Weekend Yang Indah...

Hari Ahad bersamaan 04.04(peh cantiknya tarikh) Mama, anak-anak, bibik dan Chu bersiar2 sambil berbaque di Pantai Keledang, Banting bersama Anik.. So, Chu dengan penuh gumbira memasang khemah sebagai tempat istirehat.. Tengoklah cara-cara yang ditunjukkan oleh Chu untuk memasang khemah tersebut.. Fuyooo lenguh.. dan akhirnya tengok tu...tesergamlah sebuah khemah..Lama jugak melepak hinggakan wajah anak2 bertukar color dari putih berseri kepada hitam berkilat..hehehehe
Ini pulak anik yang sedang menyediakan api untuk B'beque.. amboiii siap peace lagi..tapi apinya tak jugak idup-idup..akhirnya Chu juga yang tolong setlekan huhuhu...

Blue Fish.. Menarik Tertarik


Indahnya hidup anak-anak apabila dihadiahkan seekor ikan.. Si kakak tak sabar menanti untuk memberi makan dan si adik pula tak lekang senyuman dari bibir tatkala menyaksikan ikan berenang.. Biarpun hanya sekadar seekor ikan laga..kehadiranmu sangat dihargai..ikan ohh ikan..

Jom Ramai-ramai Pakat Daftar..

Langkah 1: Taip
1M REG 60129561102 Nama Penuh
Hantar ke: 36553

Langkah 2: Taip
ON 1MACC
Hantar ke: 36553

Dengan 2 Langkah Mudah Ini, Insya-Allah Rezeki Masyukkk..
Renung-renungkanlah..Orang Lain Sudah Berubah Mengapa Tidak Kita Turut Berubah Ke Arah Yang Lebih Baik?

1 Malaysia SMS - Menjana Pendapatan Setiap Hari!


Affiliate Terhebat dan Mudah..

Affiliate terhebat!!
Love is...
© "Keabadian Cinta..." - Template by Blogger Sablonlari - Font by Fontspace